Ahad, 22 Mei 2011

Pembaka baru di reban

Sitam @ mata katak


Sitam ni adalah pembaka baru direban dalam proses pembakaan nak cerita panjang pun masih terlalu awal dan kena tunggu untuk menilai hasil darinya harap2 menjadi seperti apa yang kita mahu.

Selasa, 29 Mac 2011

Bauk




Ayam kecik jer 2.8 kg dalam proses latihan kaki pukul boleh tahan, harap-harap kaki berbisa dan ada buah special.

Status : ayam kena kuarantin pasal dah jadi jahat giler pukul dan kejar orang jer sampai tuan pun dia pukul.....sayang ayam kaki memang cun dan baik tapi jadi jahat pulak nak cuci pun tak boleh.

Khamis, 3 Mac 2011

Ganoi Dogol 2X

Antara pembaka yang diguna pakai untuk pembakaan dengan ibu-ibu darah pama yang ada direban, 1st batch dan 2nd batch menampakkan hasil yang memberangsangkan dan berpotensi. ganoi dogol ni sekarang dalam proses persiapan untuk bertarung kembali tapi ada masalah bulu sayap nampak gayanya kena sambung lar bulu sayapnya tu nanti harap kaki masih berbisa seperti dulu. ada diantara anak-anaknya sudah menunjukkan kaki yang berbisa sepertinya dalam simbung jer dah keluar buah patah terbang tak pulih terpaksalah tuannya kena turun tangan memulihkannya. risau juga kalau terjadi seperti dahulu berlaga sesama sendiri sehingga rosak semua anak muda yang berpotensi ketika tuan tiada direban.......harap-harap tidak berulang kembali....InsyaAllah...mudah-mudahannya.






Ganoi dogol darah ganoi + thai anak kepada pok dogo - darah thai dan dari ibu bauk ganoi gusi.

Ahad, 6 Februari 2011

Jalak jr. - anak jalak mas 4x






Anak muda umur dalam 8 bulan benih dari bapak jalak mas 4x dan ibu magon import, berat dalam 3.5-3.6 kg. sudah tengok kaki banyak sepak dan laju pukulan kaki memang baik dan kena, ayam besar tapi kaki laju macam ayam kecik 2.8-2.9 kg.
Status: Telah berpindah ke reban saudara Li dari Melaka.

Anak2 pama Dec. 2010



New batch anak-anak pama cross yang turun hujung tahun lepas, umur dalam 2-3 bulan tapi majoriti adalah betina yang jantan tak banyak pilihan lar nampaknya.

Rabu, 19 Januari 2011

Ara 3




Ayam taji ori/asal bapak dia ayam hujung tanduk umur 16 bulan dan berat dalam 3.3 - 3.4 kg baru masuk fasa latihan perlu banyak latihan baru boleh dapat fitness dia.
Status: Sold